Jumaat, 4 Januari 2013

Masa Untuk Asia


America’s European Moment

Berita krisis ekonomi Eropah pada tahun 2008/2009 tidak terhenti di Eropah sahaja. Walaupun pada ketika itu ia bernuansa ke Amerika Syarikat  sebentar, dengan usaha yang drastik daripada Presiden Obama telah memberi sokongan kewangan kepada 3 syarikat industri besar di Amerika iaitu  General Motor, Chrysler dan Ford

Malah, tidak cukup dengan itu 4.5% daripada KDNK Amerika (9 Trilion US) telah dilaburkan untuk kembali menyokong kestabilan krisis ekonomi Amerika ketika itu. Jika dibanding dengan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuat Pakej Rangsangan Ekonomi pada tahun 2009 yang dikenali Mini Bajet sebanyak RM60 Billion (9% dari KDNK), walaupun sebelum itu telah ada bajet ekonomi tahunan seperti biasa dilakukan oleh Menteri Kewangan setiap tahun.  



Bahana ekonomi 2008/2009 tersebut telah memberi sedikit sebanyak kesan terhadap ekonomi Malaysia apatah lagi Amerika. Alhamdulillah, Malaysia masih mendatangkan kesan yang stabil sehingga sekarang. Saya pernah terbaca satu post daripada Tun Mahathir tentang ekonomi Amerika. Beliau sendiri telah memberi satu bayangan bahawa ekonomi Amerika tidak stabil seperti mana ekonomi Malaysia. Sistem Saham Amerika (NYSE) tidak seperti bagaimana yang dilakukan oleh Malaysia (KLSE). Inilah kebijakan yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia. Kata Tun, terdapat beberapa sebab mengapa ekonomi Amerika tidak kukuh sepertimana Malaysia. Antaranya, pembukaan akaun saham yang terlalu mudah serta tiada perusahaan yang kukuh dan stabil dalam akaun saham. 

Berbalik kepada Ekonomi Amerika, sekarang telah mula bibit ketidakstabilan ekonomi Amerika. Biarpun telah ada sokongan 9 Trilon Dolar US, kekukuhan ekonomi Amerika tetap hanya sementara sepertimana anggaran Tun pada tahun 2009. 

Inilah Masa Untuk Asia. Kekuatan negara-negara Asia yang merupakan kebanyakan negara pengeluar produk dan bahan mentah sangat berpeluang untuk mengambil alih tampuk kekuasaan ekonomi dunia pada masa hadapan. Maka, selepas ini apakah peranan Malaysia? Langkah mana yang perlu diambil bagi merangkul ekonomi dunia? 



Di sini terdapat anggaran pertumbuhan dan pengecutan ekonomi dunia pada tahun 2013. Walaupun kedudukan Malaysia tidak berada pada anggaran tersebut. 

Ayuh, tidak mustahil Malaysia juga mampu menerajui ekonomi dunia satu hari nanti. 

2 ulasan:

  1. boleh ke?mungkin indo dulu, baru malaysia :)

    BalasPadam
  2. wallahualam. tapi strategi tepat perlu untuk Malaysia menyambut baik mungkin bukan sebagai negara pengeluar tetapi sebagai pusat ekonomi, pusat perdagangan dan pusat perbankan Islam. ini kerana kita mempunyai ekonomi dan politik yang lebih stabil berbanding Indo.

    BalasPadam