Jumaat, 3 Januari 2014

Socio Economics Study and Perception of Farmers toward Farm Succession of Paddy Farming Management in Minor Granary Areas, Negeri Sembilan



Alhamdulillah. sudah tahun 2014, dipanjangkan umur, dijumpakan lagi.

Sambil-sambil study, boleh lah meluahkan sedikit sebanyak cetusan minda yang sentiasa berbolak-balik nih. haha.

tajuk kat atas tu adalah pasal projek latihan tahun akhir. Bersyukur dapat tajuk yang macam nih. Terima kasih sangat pada supervisor saya, Prof. Madya. Dr Norsida. Sebab dulu memang pernah terfikir untuk mencari masalah padi di Negeri Sembilan.

Banyak sangat dah subsidi pada padi sekarang ni.  So, sangatlah perlu pada penambahbaikan pengurusan dan mengoptimakan pada tanah-tanah pertanian. rugi-rugi sangat x di usahakan.

Pada tahun 2010, Self Sufficiency Level beras pada tahap 65%. Walhal, sekitar tahun 1970an, Malaysia sudah melebihi dari 85%. Buat pengetahuan anda, pada tahun 1975, SSL beras sudah mencapai 94.6%. 
Pada waktu itu, SSL beras yang tinggi adalah hasil daripada campurtangan kerajaan kepada pesawah. ianya kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Rujukan boleh diambil pada buku '50 years of Malaysian Agriculture; Transformational Issues Challenges & Direction, Penerbit UPM. Banyak fakta buku ni.

Pada pandangan saya, saya tidak menjangkakan  bahawa kesan 13 Mei memberi kesan pada beras di Malaysia. Mungkin ini adalah punca daripada pelaksanaan DEB.



Kawan-kawan, pertanian Padi di Negeri Sembilan bukan lah sesuatu yang asing. Penanaman Padi sudah berkecimpung dalam masyarakat umum sejak abad ke 18. Ini antara buktinya;  ===========>

Masa tu Martin Lister, Residen British dekat Mantin. Dia rekodkan dalam catatan dia, bahawa pendaftaran padi yang dimaktubkan dalam bentuk tanah pusaka adat atau tanah adat atau adat pusaka suku yang di setarakan sebagai tanah pertanian di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan  Negeri merupakan suatu yang boleh dipuji. Sebenarnya lebih lama lagi penanaman padi sebelum penubuhan kerajaan Negeri Sembilan.Cumanya terlalu panjang uintuk saya ceritakan buat masa sekarang. apatah lagi nak dekat2 final exam ni. Haha.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJUOs7MsShlzDHxlN6Gkaccd97Qr68fbzM3hkc5Y1K2vTcF922bRYtU2pIzVngF8YAOSEcJgvln09WkuvxmFN7xprLttCusDWxLoDUfPi2IE-b6t6GgOj9Kc08wLTLa_49C1wZTTfDxCc/s1600/hizami+istana+seri+menanti+2011+7.JPG


Negeri Sembilan kalau di sebut  pasti nya sinonim dengan adat perpatih. Amatlah panjang untuk diceritakan tentang sejarah pembentukan adat ini. tapi InsyaAllah akan saya ceritakan satu-persatu pada masa akan datang.

Pernah kah anda dengar dengan nama Adat Tuah Disakato, Adat Benar, Adat Nan Tigo, Adat Elok Boleh dan Adat Tempatan Siak. Ini semua adalah sebahagian sejarah dan adat yang adat di Negeri Sembilan.



http://www.itfutures.net.au/Resources/Pictures/logos/the-big-issue-logo.jpgIsu nya yang perlu saya kaji adalah permasalahan Tanah Adat yang sedang melanda di Negeri Sembilan sekarang. Banyak tanah adat hari ini tidak diusahakan untuk pertanian malah dibiarkan begitu sahaja. Walhal, masyarakat Negeri Sembilan dahulu akan berasa malu jika ada tanah yang terbiar dan tidak diusahakn.
Di manakah silap nya percaturan kepada generasi pemilik tanah adat sekarang?

Itulah isu yang akan saya kaji. Persepsi Petani terhadap pewarisan pengurusan penanaman padi. Secara statistik, sebanyak mana unjuran yang boleh dijangkakan jika tanah adat ini dioptimumkan bukan lah sesuatu yang mudah untuk saya paparkan. tetapi saya yakin bahawa projek ini akan menjadi rujukan asas terhadap beberapa persoalan asas bagi menambahkan keluasan tanah padi bagi meningkatkan SSL Malaysia dan khususnya Negeri Sembilan.

Apa-apa pun, hendak nya projek ini selesai dengan pencapaian yang cemerlang. Mohon doa ya kawan2...

http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-and-finish-your-fyp-2.png