Jumaat, 13 Januari 2012

BENARKAH ISU ADAM ADLI SUARA MAHASISWA?


Sudah hampir tiga tahun saya berada di institusi pendidikan tinggi tetapi amat pelik untuk mengatakan apa yang dituntut oleh seorang mahasiswa  bernama Adam Adli adalah permintaan mahasiswa keseluruhannya dan juga mewakili belia. Saya berasa amat sedih dengan tindakan Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera  PM. 

Sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu di menara gading, saya berpandangan apa yang dilakukan oleh Adam Adli adalah suatu tragedi yang memalukan serta menjatuhkan maruah mahasiswa. Tidak terlintas di hati saya ada dalam kalangan mahasiswa yang melakukan tindakan sebegini. Tambahan lagi, apa yang dikatakan oleh sekumpulan mahasiswa yang menyokong tindakan Adam Adli mengatakan bahawa mereka sebagai wakil dan mendakwa mereka sebagai suara kebangkitan golongan mahasiswa. Seolah memberi gambaran bahawa golongan mahasiswa di Malaysia ditindas dengan teruk sehingga bangkit bersuara dengan melakukan demonstrasi di hadapan Bangunan pentadbiran UPSI.

Perjuangan apa yang dipejuangkan oleh Adam Adli sehingga menurunkan bendera PM?

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Adam Adli yang mencetus kontroversi sepanjang akhir tahun 2011 sehingga awal tahun 2012 ini. Perjuangan yang tidak menggambarkan ketinggian intelektual, penghayatan ilmu dan tindakan berhikmah serta bijaksana. 

Tidakkah mereka berfikir tentang kedudukan mereka dalam masyarakat khusus belia mahu pun mahasiswa? Dengan mudah mereka mendakwa perbuatan mereka adalah suara mahasiswa. Hanya atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai badan NGO yang tidak pernah kami berjumpa siapakah golongan mereka ini? Tidak kami ketahui perjuangan apa yang dibawa mereka. Lantas dengan mudah mereka mengakui mereka wakil mahasiswa. Di mana peranan mu sebagai badan mahasiwa  yang hanya terletak pada nama sahaja? Di mana gerakan yang berusaha meraih tandatangan daripada seluruh ipt untuk dijadikan bukti sebagai wakil mahasiswa untuk menyuarakan kepada kerajaan bahawa mahasiswa ditindas? Di mana bukti mu sebagai wakil mahasiswa Malaysia?

Sebagai mahasiswa, saya persoalkan kepada Adam Adli mahupun SMM, di manakah bukti-bukti yang boleh membuktikan bahawa dakwaan kamu sebagai KEBANGKITAN GENERASI MAHASISWA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan