Serangan
politik yang menjadi gelanggang orang ramai tidak kira mengikut kaum Melayu,
Cina, India ataupun Muslim dan Non-muslim sebegitujua pejuang kebenaran serta
pencari, golongan akademia, pencinta isme, ketaksuban pendirian, pemerhati
alam, ikutan hak asasi, dan sebegitu kepada pembaca yang dihargai. Tentu sekali
golongan ini sering membicarakan soal politik hari demi hari. Inilah yang
menjadi isu sekian hari, tiada penghujung, menjadi perjudian taruhan yang
akhirnya tiada menjadi seperti apa yang diimpi. Penulis bukan mahu menidakkan
tentang soal ini, namun, lahir sejenak dalam hati penulis kecewa dengan permainan
masyarakat tempiasnya terkena pada masyarakat Islami.
Perasaan
kasih yang belas melihat masyarakat terumbang-ambing tiada kata sepakat menjadi
kerisauan memuncak dalam diri. Ini bukan lah suatu prejudis terhadap segolongan
pihak. Bukan juga memenangkan isu sebelah pihak. Tetapi penulis yang melihat
pemerangkapan masyarakat yang berperang sesama sendiri, tiada peduli pandangan
mutlak, mewakilkan diri sebagai Islam, namun, tidak pula Iman dihati bertambah
pabila pengadilan diberi walau diragui. Penulis tiada memahami pendapat orang
yang ini tiada juga memahami yang sebelah sini. Sebaliknya, penulis sudah
pening berusaha mencari titik yang perlu disepakati. Tambah, sakit di hati
kerna bimbang serta khuatir golongan generasi anak-anak ku nanti.
Penulis
sedih melihat pada dada akhbar yang berperang sesama ummah. Politik jelmaan
parti pastinya sukar difahami. Kerana politik parti dicanang oleh geliga si penjajah.
Biarpun berpegang pada yang benar, tetapi bernaung di bawah parti pasti
kerosakan akan menjadi-jadi. Kerana parti, fitnah-menfitnah menjadi budaya. Usaha
menentukan siapakah di pihak yang benar atau salah menjadi keraguan yang sukar
dinafikan lagi. Lebih-lebih lagi, perkara yang tidak pasti di sokong oleh
individu mahupun sebarang pihak mencanangkan semberono bagaikan ianya pasti
berlaku ataupun sebalik demikian. Ramai yang memperjuangkan kebenaran. Ya,
sudah pasti kebenaran yang menjadi perjuangan. Tetapi kebenaran apa yang ingin
diperolehi. Adakah kebenaran yang berada pada bobot kehidupan mahupun sejarah
atau kebenaran tertegaknya kalimah Ilahi? Supaya semua sedia menyedari hakikat
yang sememangnya tidak perlu dikhuatiri. Bukan hanya berusaha menegakkan
kalimah kebenaran bernada Pencipta. Harusnya semua merasai hakikat jiwa wujud
mengenali Sang Dewata Mulia Raya. Inilah akidah yang menjadi suatu tujuan
kepada para pejuang bergelar Da’i. Akidah Islam yang tidak mengenali rupa mahu
bangsa. Akidah yang merentasi garisan kawasan, tiada penghalang.
UMNO
mahupun PAS hanyalah parti seperti yang penulis nukilkan tadi. Biar
kedua-duanya mempunyai dasar perlembagaan yang berbeza namun kembalilah kepada
bawah satu nama yang sudah terkukuh tanpa goyah, gelaran yang diberi oleh Sang
Penciptaraya. Penulis tidak mahu membezakan kedua buah parti yang banyak
memberi jasa kepada tanah air. Kerna penulis pasti di dalam kedua parti ini
terkandung saudara-saudara Islam yang masing-masing mengakui perjuangan
sendiri. Yang berbeza hanyalah orang yang berada dalam parti itu sendiri.
Mungkin yang sebelah sini berjuang hukum Ilahi secara terang-terangan. Berjuang
agar hukum hudud sedia terlaksana di bumi ini. Tiada yang adil melain hukum yang
telah ArRahman tetapkan.
Penulis
percaya parti ini amat menghitung kepada daulah Islamiyyah. Mereka rindukan
akan suasana ini, namun, tidak cukup hanya menang pada kiraan undi. Kerana masih
ada segenap perkara yang belum selesai sedang menular menyelusuri sungai-sungai,
lalu, busuk serta menjijik untuk dihinggapi. Parti Pas ini menjadi cerminan
pada parti saudaraku yang satu ini. Umno perlu berubah dari pemimpin menurun
kepada bawahnya. Cuma nasihat agar tidak leka amanah yang diberi. Gunakanlah
sebaiknya. Takut di persoal ke mana arah tujunya satu hari nanti. Hati kecil
ini tidak pasti yang mana menjadi ikutan sendiri kerna sering terhimpit di
antara gerombolan.
Inilah
kesan tapak penjajahan Barat yang datang merubah sistem suatu masyarakat dahulu
hingga sekarang. Sukar untuk merobah segala sistem yang telah terpahat lama ukiran
si Barat. Namun, apakan daya, perjuangan membentuk akidah lebih utama. Akidah yang
mengukir sudut pandang Tarbiyah dan Dakwah. Akidah daripada pandang Islamiyyah.
Akidah yang dibentuk pada para Sahabat juga pada Muhammad SAW. Moga nukilan ini
pencetus kepada semangat yang perlu bergerak menaungi ke seluruh masyarakat
kerana hak Akidah tiada terbatas pada ketinggian bangsa mahupun negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan