Sudah hampir tiga tahun saya berada di
institusi pendidikan tinggi tetapi amat pelik untuk mengatakan apa yang
dituntut oleh seorang mahasiswa bernama
Adam Adli adalah permintaan mahasiswa keseluruhannya dan juga mewakili belia.
Saya berasa amat sedih dengan tindakan Adam Adli yang bertindak menurunkan
bendera PM.
Sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu di
menara gading, saya berpandangan apa yang dilakukan oleh Adam Adli adalah suatu
tragedi yang memalukan serta menjatuhkan maruah mahasiswa. Tidak terlintas di
hati saya ada dalam kalangan mahasiswa yang melakukan tindakan sebegini.
Tambahan lagi, apa yang dikatakan oleh sekumpulan mahasiswa yang menyokong
tindakan Adam Adli mengatakan bahawa mereka sebagai wakil dan mendakwa mereka
sebagai suara kebangkitan golongan mahasiswa. Seolah memberi gambaran bahawa
golongan mahasiswa di Malaysia ditindas dengan teruk sehingga bangkit bersuara
dengan melakukan demonstrasi di hadapan Bangunan pentadbiran UPSI.
Perjuangan apa yang dipejuangkan oleh Adam
Adli sehingga menurunkan bendera PM?
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan
tindakan Adam Adli yang mencetus kontroversi sepanjang akhir tahun 2011
sehingga awal tahun 2012 ini. Perjuangan yang tidak menggambarkan ketinggian
intelektual, penghayatan ilmu dan tindakan berhikmah serta bijaksana.
Tidakkah mereka berfikir tentang kedudukan
mereka dalam masyarakat khusus belia mahu pun mahasiswa? Dengan mudah mereka
mendakwa perbuatan mereka adalah suara mahasiswa. Hanya atas tiket Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai badan NGO yang tidak pernah kami berjumpa
siapakah golongan mereka ini? Tidak kami ketahui perjuangan apa yang dibawa
mereka. Lantas dengan mudah mereka mengakui mereka wakil mahasiswa. Di mana
peranan mu sebagai badan mahasiwa yang
hanya terletak pada nama sahaja? Di mana gerakan yang berusaha meraih
tandatangan daripada seluruh ipt untuk dijadikan bukti sebagai wakil mahasiswa
untuk menyuarakan kepada kerajaan bahawa mahasiswa ditindas? Di mana bukti mu
sebagai wakil mahasiswa Malaysia?
Sebagai mahasiswa, saya persoalkan kepada
Adam Adli mahupun SMM, di manakah bukti-bukti yang boleh membuktikan bahawa
dakwaan kamu sebagai KEBANGKITAN GENERASI MAHASISWA?